Login


Register | Recover Password
 

Welcome to Kuantan Property!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Welcome to Kuantan Property! Tuan / Puan yang dihormati, selamat datang  dan terima kasih yang tak terhingga kerana sudi melawat website Pahangproperty.com. 

Secara ringkasnya, kami merupakan ejen hartanah berdaftar yang membantu penjual dan pembeli dalam merealisasikan impian mereka untuk menjual  atau membeli hartanah impian mereka di kuantan.  Kami 4 beradik bernaung di bawah agensi Legacy Real Property Sdn Bhd Kuantan  yang bergiat aktif dalam menguruskan Hartanah di seluruh Malaysia. 

Kami merupakan Perunding Hartanah Berdaftar dengan Lembaga penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH)

Dengan pengalaman yang kami ada, kami yakin akan memberi perkhidmatan yang terbaik kepad anda semua. 

” One family, One House” 

Meh hubungi kami untuk dapatkan khidmat yang terbaik dalam pengurusan hartanah anda di Kuantan.

 

www.wasap.my/60145094088

Welcome to Kuantan Property !

KENAPA PERLU MELANTIK EJEN HARTANAH BERDAFTAR KUANTAN ?

Proses jual atau beli hartanah   adalah  satu proses yang sangat penting yang perlu difahami oleh penjual dan  juga pembeli. Sekiranya tersilap, akan memberi kesan yang  besar kepada pemilik mahupun pembeli.

Namun, sekiranya menggunakan khidmat ejen hartanah, ejen akan jelaskan secara terperinci dan membimbing serta menjaga kepentingan (hak) pemilik dan pembeli sepanjang proses jual beli rumah.

Hal ini akan menjimatkan masa kedua belah pihak, kenapa menjimatkan masa ?

  • Ejen hartanah berdaftar  mempunyai pengalaman dalam proses jual beli  hartanah. Segala urusan akan menjadi lebih mudah dan cepat.
  • Ejen Hartanah Berdaftar mempunyai “networking” yang ramai. Rangkaian yang besar dalam kalangan Ejen Hartanah Berdaftar seperti peguam, pegawai bank dan pegawai penilai. Keberangkalian tinggi rumah anda yang bakal dijual akan lebih cepat terjual berbanding anda jual sendiri.
  • Gerak kerja yang  lebih profesional. Ejen Hartamah Berdaftar mempunyai gerak kerja yang lebih profesional kerana gerak kerja dipantau oleh Lembaga Penilai, Pentaksir , Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH)

Antara faktor  yang menyebabkan rumah di kuantan mudah terjual :

  • Status rumah (freehold, leasehold, low cost, malay reserved, kaveat etc)
  • Keadaan rumah (struktur binaan, lokasi etc)
  • Harga jualan (below atau over market)
  • Kawasan rumah tersebut  

KAWASAN AKTIF

Kuantan, Indera Mahkota, Pekan, Indera Sempurna, Tanjung Lumpur, Tok Sira, Kubang Buaya, Alor Akar, Pelindung, Kempadang, Bukit Istana, KotaSAS, Beserah, Balok, Gebeng, Sungai Ular, Sungai Karang Darat, Bukit Goh, Aspa Cottage, Bandar Damansara Kuantan, Bukit Sekilau, Bukit Setongkol, Cenderawasih, Semambu, Gambang, Temerloh, Jengka, Jerantut, Bentong, Janda Baik, Karak, Raub